ENAM terbunuh manakala 14 lagi cedera selepas sebuah helikopter tentera Senegal terhempas semalam, menurut kenyataan rasmi kerajaan.
Helikopter yang terhempas di hutan paya bakau di kawasan pantai Missirah, membawa 20 penumpang termasuk empat kru, kata jurucakap tentera Kolonel Abdou Ndiaye.
Menurut kenyataan dikeluarkan kerajaan, anggota keselamatan berkata enam maut di tempat kejadian.
“Seramai 14 penumpang lagi cedera, tiga kritikal,” katanya, menambah mangsa yang cedera dibawa ke hospital daerah di Kaolack.
Pihak berkuasa melancarkan siasatan terhadap insiden itu untuk menentukan punca kejadian, kata kenyataan itu. – AFP, 15 Mac, 2018.
Komen