Vo Van Thuong presiden baharu Vietnam


Aahli Biro Politik Parti Komunis Vietnam Vo Van Thuong hari ini mengangkat sumpah sebagai presiden baharu negara itu. – Gambar AFP, 2 Mac 2023.

AHLI Biro Politik Parti Komunis Vietnam (CPV) Vo Van Thuong dipilih sebagai presiden baharu Vietnam pada Khamis.

Mesyuarat luar biasa Perhimpunan Kebangsaan Vietnam secara rasmi meluluskan Thuong, 52, untuk mengambil alih jawatan presiden, lapor Xinhua, memetik laporan Televisyen Vietnam.

Pada 17 Januari, Nguyen Xuan Phuc meletak jawatan sebagai presiden Vietnam atas sebab peribadi, dengan keahliannya di Politburo dan Jawatankuasa Pusat CPV ke-13 turut ditamatkan. – Bernama, 2 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen