SPRM tahan bendahari agung Bersatu


Kalidevi Mogan Kumarappa

Sumber berkata Mohamed Salleh ditahan reman selama dua hari sejak kelmarin selepas beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Mac 2023.

AGENSI antirasuah menahan Bendahari Agung Bersatu Mohamed Salleh Bajuri bagi membantu siasatan berhubung akaun parti itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki ketika dihubungi The Malaysian Insight mengesahkan penahanan itu.

“Ya saya sahkan,” katanya secara ringkas.

Sumber berkata Mohamed Salleh ditahan reman selama dua hari sejak kelmarin selepas beliau hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Reman sepatutnya tamat hari ini namun akan dilanjutkan untuk siasatan lanjut, kata sumber.

“Ya reman dua hari, mungkin SPRM akan sambung reman lagi,” katanya. – 2 Mac 2023. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen