Ukraine nafi penglibatan serangan dron di Rusia


Dakwa Rusia dron berkenaan jatuh berhampiran sebuah stesen minyak. – Gambar EPA, 1 Mac, 2023.

KIYV menafikan penglibatan dalam serangan dron terhadap kemudahan infrastruktur di wilayah Rusia, lapor Sputnik memetik Penasihat Presiden Ukraine Mykhailo Podolyak.

“Ukraine tidak menyerang wilayah RF (Rusia),” kata Podolyak menerusi ciapannya di Twitter.

Pada Selasa Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa sistem tentera elektronik Rusia memusnahkan dron Ukraine yang cuba menyerang kemudahan awam di Krasnodar dan Adygea.

Gabenor Wilayah Moscow, Andrey Vorobyov pada Selasa berkata sebuah dron jatuh di daerah Kolomensky, Moscow.

Pihak berkuasa memberitahu Sputnik bahawa dron berkenaan jatuh berhampiran sebuah stesen minyak.

Alexander Bastrykin, ketua Jawatankuasa Penyiasatan Rusia, mengarahkan siasatan ke atas insiden itu. – Bernama, 1 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen