Lebih 3,000 produk makanan di Jepun naik harga bulan ini


Kira-kira 4,892 produk makanan dan minuman juga dijangka naik harga pada April di Jepun, menurut tinjauan pusat penyelidikan Teikoku Database. – Gambar AFP, 1 Mac 2023.

LEBIH 3,000 produk makanan di Jepun dijangka mengalami kenaikan harga bermula Mac, menurut data pusat penyelidikan Jepun Teikoku Database pada Rabu.

Menurut tinjauan membabitkan 195 syarikat, harga 3,442 barangan makanan dan minuman akan meningkat pada Mac. 

Pada April, sekitar 4,892 produk makanan dan minuman turut dijangka mengalami peningkatan, lapor Sputnik.

Menurut statistik daripada Kementerian Hal Ehwal Negara yang dikeluarkan minggu lalu, kenaikan paras harga di Jepun pada Januari mencapai 4.2 peratus tahun ke tahun, menandakan lonjakan tertinggi dalam tempoh 42 tahun lalu sejak September 1981. – Bernama, 1 Mac 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen