HANYA satu syarikat dari India dibenarkan mengimport telur bagi mengatasi kekurangan bekalan di negara ini, kata Mohamad Sabu.
Dalam jawapan bertulis Parlimen, menteri pertanian dan keterjaminan makanan berkata ia adalah langkah jangka pendek.
Beliau berkata Kementerian membenarkan import telur putih segar dari India, seberat antara 50 hingga 55g dan jatuh dalam Gred E di bawah sistem klasifikasi Malaysia.
“Syarikat itu diberi kebenaran mengimport telur dari India berdasarkan pengalaman mereka mengeksport telur dari India ke Qatar bagi memenuhi permintaan semasa Piala Dunia 2022,” katanya kepada Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasik Gelugor) yang ingin tahu berapa banyak syarikat dibenarkan mengimport telur dari India.
Mohamad Sabu berkata 13.4 bilion telur dihasilkan pada 2018, 10.9 bilion pada 2019, 12.9 bilion pada 2020, 13.6 bilion pada 2021 dan 13.3 bilion pada 2022.
Dalam dua bulan pertama tahun ini, industri telur tempatan telah menghasilkan 2.4 bilion telur.
Beliau berkata secara purata, Malaysia memerlukan 11.6 bilion telur setahun untuk memenuhi permintaan domestik.
Beliau berkata secara purata rakyat Malaysia menggunakan 968 juta telur setiap bulan.– 1 Mac, 2023.
Komen