26 maut, kereta api bertembung di utara Greece


SEKURANG-kurangnya 26 maut manakala 85 lagi cedera selepas kereta api penumpang dan tren kargo bertembung di perbandaran Elassona utara Greece, lapor Agensi Anadolu.

Menurut wakil Perkhidmatan Bomba, Vassilis Vathrakogiannis berkata daripada 85 penumpang cedera, 25 dilapor berada dalam keadaan kritikal.

Tiga gerabak dilaporkan terbakar dan beberapa lagi gerabak tergelincir dari landasan.

Sebanyak 30 ambulans telah dihantar ke tempat kejadian, katanya. – Bernama, 1 Mac, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen