TENTERA kerajaan Syria memasuki bandar penting dalam kubu kuat pemberontak di Timur Ghouta semalam ketika pengeboman semakin hebat dilakukan, kata badan pemantau.
“Tentera pemerintah menyerang Hammuriyeh dan berjaya mengawal sebahagian kawasan itu”, kata kumpulan pemantau berpangkalan di Britain, Syrian Observatory for Human Rights.
Tentera kerajaan yang disokong Rusia melancarkan serangan ke atas Timur Ghouta sejak 18 Februari untuk menakluk kembali kawasan terakhir dikawal pemberontak di Damsyik.
Serangan itu menyebabkan kawasan itu terpecah tiga, setiap satu dikawal pemberontak berlainan.
Kawasan sekitar Hammuriyeh dikawal kumpulan Faylah al-Rahman.
Ia diserang hebak sejak beberapa hari lalu, kata wartawan AFP di sana.
Seorang doktor di kawasan itu mengatakan pasukan penyelamat tidak dapat mendekati penduduk cedera kerana serangan berterusan.
“Mereka yang cedera berada di jalan. Kami tak dapat pindahkan mereka. Pesawat perang menyasarkan semua benda yang bergerak,” kata Ismail al-Khateeb.
Lebih 1,200 orang awam terbunuh di Timut Ghouta sejak serangan dimulakan 18 Februari lalu. – AFP, 15 Mac, 2018.
Komen