Tidak perlu pakai pelitup muka di Hong Kong mulai 1 Mac


Mulai Rabu, orang ramai di Hong Kong tidak lagi perlu memakai pelitup muka di luar dan di dalam rumah serta dalam pengangkutan awam. – Gambar AFP, 28 Februari, 2023.

KETUA Eksekutif Hong Kong John Lee mengumumkan mandat pemakaian pelitup muka di Hong Kong ditamatkan mulai 1 Mac, lapor Xinhua.

Lee memberitahu taklimat akhbar sebelum mesyuarat majlis eksekutif keputusan itu diambil berdasarkan beberapa pertimbangan.

Ia termasuk data yang menunjukkan keadaan wabak yang terkawal, pelaksanaan penghalang antiwabak yang komprehensif selain tiada penularan wabak berlaku di hospital dan sekolah.

Mulai Rabu, orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup muka di luar dan di dalam rumah serta dalam pengangkutan awam, namun orang ramai perlu memakainya di tempat berisiko tinggi seperti hospital dan pusat penjagaan, kata Lee. – Bernama, 28 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen