Perang di Bakhmut lebih rumit, kata Zelensky 


Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky menyifatkan rakyat yang berjuang untuk bandar berkenaan adalah wira sebenar.– Gambar AFP, 28 Februari, 2023.

PRESIDEN Ukraine Volodymyr Zelensky pada Isnin memberi amaran keadaan di sekitar kawasan barisan hadapan Bakhmut semakin sukar.

“Keadaan semakin rumit,” kata Zelensky dalam ucapan malamnya.

“Musuh sentiasa memusnahkan segala yang boleh digunakan untuk melindungi kedudukan kami,” katanya sambil menyifatkan tentera Ukraine yang berjuang untuk Bakhmut “wira sebenar.”

Pertempuran sengit untuk bandar industri Bakhmut di wilayah timur Donetsk telah menjadi pertempuran paling lama dalam pencerobohan Rusia selama setahun.

Zelensky berkata rakyat Ukraine akan berjuang untuk Bakhmut selama yang mereka boleh.

Menawan Bakhmut akan menjadi kemenangan besar bagi Moscow tetapi penganalisis berkata ia akan menjadi simbolik kerana bandar perlombongan garam itu tidak mempunyai nilai strategik.

Bercakap dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen Rusia pada hari Isnin, pemimpin Republik Rakyat Donetsk Denis Pushilin berkata semua jalan menuju ke Bakhmut “di bawah kawalan” tentera pro-Moscow. – AFP, 28 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen