Angka kematian akibat ribut Brazil cecah 64 orang


Hujan paling lebat pernah dicatatkan di Brazil mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang memusnahkan komuniti lereng bukit.– Gambar EPA, 27 Februari, 2023.

ANGKA kematian akibat banjir dan tanah runtuh di tenggara Brazil minggu lalu meningkat kepada 64 orang, ketika operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mengesan seorang mangsa yang hilang.

Antara yang disahkan terbunuh, 18 adalah kanak-kanak, kata kerajaan negeri Sao Paulo dalam satu kenyataan.

Hujang lebat berterusan 24 jam di bandar peranginan Sao Sebastio dan kawasan sekitarnya hujung minggu lalu.

Pihak berkuasa berkata, hujan paling lebat pernah dicatatkan di Brazil mencetuskan banjir dan tanah runtuh yang memusnahkan komuniti lereng bukit yang dibina secara tidak terancang.

Menurut laman berita G1, memetik pihak berkuasa pertahanan awam, seorang masih dilaporkan hilang setakat Ahad.

Lebih 2,400 orang kehilangan tempat tinggal akibat hujan lebat yang menghanyutkan rumah, memusnahkan jalan raya, klinik dan infrastruktur lain.

Dianggarkan 9.5 juta daripada 215 juta penduduk Brazil tinggal di kawasan berisiko tinggi banjir atau tanah runtuh—terutamanya kawasan kejiranan favela yang miskin. – AFP, 27 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen