EU bersetuju mengenakan pakej sekatan baharu terhadap perang Rusia di Ukraine pada Jumaat, setahun selepas pencerobohan berlaku, umum blok presiden Sweden.
Pakej itu yang ke-10 dikenakan EU selepas pencerobohan Rusia pada 24 Februari 2022 “menyasarkan sekatan terhad terhadap individu dan entiti yang menyokong perang, menyebarkan propaganda atau menghantar dron digunakan Rusia dalam perang”.
Kelulusan akhir sekatan dijangka diperolehi pada awal Sabtu jika tiada negara EU membangkitkan bantahan saat akhir.
Butiran senarai individu dan entiti akan diterbitkan dalam warta rasmi Kesatuan Eropah.
Seorang diplomat EU memberitahu AFP yang terdapat 120 individu dan entiti dan tiga lagi bank Rusia tersenarai.
Langkah terbaru EU itu mengulangi sekatan sama diumumkan pada awal Jumaat oleh Amerika Syarikat dan Britain serta amaran G7 berkaitan penalti terhadap mana-mana negara yang menyokong Rusia dalam perang itu.
Seorang lagi diplomat EU berkata perjanjian sekatan itu bersifat “tiada tolak ansur” dicadangkan negara ahli Suruhanjaya Eropah.
Cadangan pakej itu menjanjikan pemotongan barangan industri bernilai 11 bilion euro kepada Rusia dan menyasarkan pengeluar dron di Iran yang digunakan Moscow untuk menyerang Ukraine.
Ketua Suruhanjaya Ursula von der Leyen berkata barangan disekat untuk Rusia termasuk barangan elektronik, alat ganti jentera yang digunakan untuk dron, peluru berpandu, helikopter dan sistem persenjataan lain Rusia.
Katanya terdapat tujuh entiti Iran menyediakan produk terhadap Rusia yang tersenarai dalam cadangan sekatan itu.
EU sudah mengenakan sembilan sekatan terhadap Moscow, menyasarkan export utama Rusia termasuk minyak dalam usaha mematahkan perang digerakkan Presiden Rusia Vladimir Putin.
Beberapa orang diplomat EU memberitahu AFP yang aduan diterima dari Poland memperlahankan perjanjian sekatan terbaru kerana Warsaw menyifatkan ia tidak mencukupi untuk memberi tekanan kepada Rusia.
Perdana Menteri Poland Mateusz Morawiecki pada Jumaat berkata, ketika melawat Kyiv sebelum perjanjian sekatan EU diumumkan, cadangan dari Brussels “terlalu lembut, terlalu lemah”. – AFP, 25 Februari, 2023.
Komen