Kanada hantar 4 lagi kereta kebal Leopard ke Ukraine


Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengumumkan penghantaran empat kerera kebal tempur tambahan ke Ukraine. – Gambar AFP, 25 Februari, 2023.

KANADA menghantar empat kereta kebal tempur tambahan ke Ukraine, dalam usaha menggandakan komitmen mereka, umum Perdana Menteri Justin Trudeau semalam.

“Kanada bersolidariti dengan Ukraine sejak permulaan konflik.

“Kami akan terus berbuat demikian,” kata Trudeau dalam sidang akhbar sempena ulang tahun pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

Mengecam perang pencerobohan Presiden Rusia Vladimir Putin dan menggelarnya berbahaya, pengecut dan lemah, Trudeau juga mengakui perjuangan mereka belum berakhir.

Sekatan baharu itu menyasarkan ahli Parlimen Rusia yang menyokong pencerobohan Ukraine termasuk timbalan perdana menteri, menteri, orang lain di pejabat Putin, sektor ketenteraan dan pertahanannya serta ahli keluarga individu yang sudah berada dalam senarai sekatan Kanada.

Pejabat Trudeau berkata empat kereta kebal Leopard 2 buatan Jerman yang diumumkan sebelum ini dihantar ke Poland di mana askar Ukraine sedang dilatih menggunakannya.

Sebagai tambahan kepada empat kereta kebal Leopard 2 baharu, Kanada juga menghantar kenderaan berperisai dan peluru.

Pakej bantuan dan sekatan baharu itu didedahkan ketika Amerika Syarikat mengumumkan melalui penyelarasan dengan sekutu G7 satu salvo sekatan yang diperluaskan terhadap Rusia. – AFP, 25 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen