Angka kematian ribut di Brazil meningkat kepada 54 orang


Seramai 54 kematian disahkan termasuk 15 kanak-kanak dalam kejadian banjir dan tanah runtuh di tenggara Brazil. – Gambar AFP, 25 Februari, 2023.

JUMLAH kematian akibat banjir dan tanah runtuh di tenggara Brazil meningkat kepada 54 orang, kata pihak berkuasa semalam.

Menurut kerajaan negeri Sao Paulo, kira-kira 30 orang masih hilang selepas hampir keseluruhan bulan Februari dilanda hujan dalam tempoh 24 jam di bandar peranginan pantai di Sao Sebastiao dan kawasan sekitarnya hujung minggu lalu.

Pihak berkuasa berkata hujan harian terbesar pernah dicatatkan di Brazil mengakibatkan banjir dan tanah runtuh.

“Setakat ini seramai 54 kematian disahkan termasuk 15 kanak-kanak,” kata kerajaan negeri Sao Paulo.

Operasi mencari dan menyelamat diteruskan di kawasan di mana kira-kira 4,000 orang kehilangan tempat tinggal dari rumah mereka.

Dianggarkan 9.5 juta daripada 215 juta penduduk Brazil tinggal di kawasan berisiko tinggi banjir atau tanah runtuh—terutamanya kawasan kejiranan miskin.

Negara Amerika Selatan itu dilanda beberapa siri bencana cuaca yang membawa maut dalam beberapa tahun kebelakangan ini yang menurut pakar berkemungkinan bertambah buruk oleh perubahan iklim. – AFP, 25 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen