Britain umum sekatan baharu ke atas Russia


Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan Britain berkata pakej sekatan baharu termasuk peralatan pesawat dan radio serta komponen elektronik. – Gambar fail AFP, 24 Februari, 2023.

BRITAIN mengenakan larangan eksport ke atas setiap peralatan yang didapati digunakan Russia untuk peperangan di Ukraine, umum Setiausaha Luar James Cleverly pada Jumaat.

Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan berkata pakej sekatan baharu itu termasuk peralatan pesawat dan radio serta komponen elektronik yang boleh digunakan oleh industri ketenteraan Russia.

United Kingdom (UK) juga mengenakan sekatan ke atas eksekutif kanan di syarikat kuasa nuklear Rosatom serta bos di dua syarikat pertahanan terbesar dan empat bank Russia, lapor agensi akhbar Jerman (DPA).

Beliau berkata: “Rakyat Ukraine tidak boleh melakukannya bersendirian. Itu sebabnya kami mesti melakukan lebih banyak lagi untuk membantu Ukraine menang.” – Bernama, 24 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen