.jpg)
KAKITANGAN kerajaan dari Gred 56 ke bawah akan menerima bantuan khas kewangan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM700, termasuk lantikan kontrak, umum Menteri Kewangan Anwar Ibrahim.
Kumpulan pesara kerajaan pula akan menerima bantuan RM350, katanya.
Bantuan itu diberikan sempena bulan Ramadan, yang akan disambut pada hujung Mac, serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kata perdana menteri.
“Insya-Allah, bayaran akan dibuat pada bulan April 2023,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat.
Bagi penjawat awam juga, Belanjawan 2023 menyediakan subsidi yuran taska sebanyak RM180 sebulan selain menaikkan had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah yang layak daripada RM5,000 kepada RM7,000.
Sementara itu, kerajaan juga mencadangkan untuk menaikkan kebenaran penebusan awal gantian cuti rehat sehingga maksimum 90 hari, susulan kenaikannya daripada 160 kepada 180 hari.
“Ikhtiar ini diharap membantu penjawat awam yang memerlukan,” kata Anwar. – 24 Februari, 2023.
Komen