Inflasi terkawal 2.8 peratus hingga 3.8 peratus tahun ini, kata MoF


Kata MoF tinjauan inflasi dipengaruhi oleh kenaikan dalam kadar pertukaran mata wang asing serta gangguan bekalan berterusan. – Bernama, 24 Februari, 2023.

KADAR inflasi kekal terkawal dan dijangka mencatat antara 2.8 peratus hingga 3.8 peratus pada 2023 berikutan prospek ekonomi yang lebih perlahan serta harga komoditi yang lebih stabil.

Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia meningkat kepada 3.3 peratus pada 2022 berbanding 2.5 peratus yang dicatatkan semasa 2021.

Namun menurut laporan Tinjauan Ekonomi 2023 yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Kewangan (MoF) berkata tinjauan inflasi juga akan dipengaruhi oleh kenaikan dalam kadar pertukaran mata wang asing serta gangguan bekalan berterusan.

“Secara empirikal, perubahan bagi satu mata peratusan untuk kadar pertukaran mata wang asing dan harga minyak mentah akan menyebabkan impak 0.337 dan 0.112 mata peratusan terhadap inflasi,” katanya.

Selain itu MoF berkata Indeks Harga Pengeluar (IHPR) dijangka menyederhana selepas disumbangkan oleh kos input global yang stabil. – Bernama, 24 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen