Bank Pusat Korea Selatan bekukan kadar dasar pada 3.5%


Bank pusat Korea Selatan membekukan kadar dasar bagi memberi ruang untuk melihat kesan kenaikan kadar berturut-turut sejak satu setengah tahun lalu. – Gambar AFP, 23 Februari, 2023.

BANK pusat Korea Selatan membekukan kadar dasar bagi memberi ruang untuk melihat kesan kenaikan kadar berturut-turut sejak satu setengah tahun lalu.

Gabenor Bank of Korea (BOK) Rhee Chang-yong dan penggubal dasar monetari lain pada Khamis memutuskan untuk membiarkan penanda aras kadar belian semula tujuh hari tidak berubah pada 3.50 peratus, lapor Xinhua.

Langkah itu sejajar dengan jangkaan pasaran. Menurut tinjauan pendapat Persatuan Pelaburan Kewangan Korea Selatan terhadap 100 pakar yang berpendapatan tetap, sebanyak 66 peratus meramalkan kadar pembekuan pada bulan ini.

BOK membuat tujuh kenaikan kadar secara berturut-turut antara Ogos 2021 dan Januari 2023, meningkatkan kadar dasarnya sebanyak 3.0 mata peratusan daripada rekod terendah 0.50 peratus. – Bernama, 23 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen