Tanah runtuh halang operasi selamat 53 mangsa tertimbus dalam lombong


Lombong arang batu di Alxa Left Banner dilaporkan runtuh pada Rabu, mengakibatkan dua maut, enam cedera manakala 53 lagi hilang. – Gambar EPA, 23 Februari, 2023.

KEJADIAN tanah runtuh membantutkan usaha mencari dan menyelamat 53 mangsa yang masih tertimbus akibat lombong arang batu runtuh di wilayah autonomi Mongolia, lapor Xinhua.

Kejadian tanah runtuh itu dilaporkan berlaku di lokasi kejadian kira-kira jam enam petang Rabu, menurut ibu pejabat penyelamat.

Lombong arang batu di Alxa Left Banner dilaporkan runtuh pada Rabu, mengakibatkan dua maut, enam cedera manakala 53 lagi hilang.

Setakat pagi Khamis, lebih 900 orang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. – Bernama, 23 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen