Amaran sejuk melampau hampir 30 negeri di AS


Ribut beserta salji dan hujan lebat dijangka melanda sebahagian besar kawasan utara AS minggu ini. – Gambar AFP, 23 Februari 2023.

AMARAN cuaca sejuk dikeluarkan di 29 negeri di Amerika Syarikat (AS) dengan lebih 65 juta rakyat akan mengalami kesejukan yang melampau.

Ribut beserta salji dan hujan lebat dijangka melanda sebahagian besar kawasan utara AS minggu ini, Xinhua memetik laporan CBS News pada Rabu.

Rakyat AS diminta bersiap sedia untuk menghadapi salji, hujan batu, angin kencang dan kemungkinan banjir kilat.

Cuaca ekstrem dijangka menganggu perjalanan dan mengakibatkan bekalan elektrik terputus di kebanyakan wilayah.

Lebih 1,400 penerbangan yang dijadualkan pada Rabu di AS telah dibatalkan, kebanyakannya membabitkan Minneapolis, Denver dan Detroit, menurut laman sesawang penjejakan FlightAware. – Bernama, 23 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen