SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu mengesa Israel berhenti membina penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki di Tebing Barat.
Kerajaan Israel mendapat kecaman antarabangsa termasuk Amerika Syarikat (AS) selepas ia baru-baru ini umum keputusan untuk membenarkan sembilan penempatan dibuka di Tebing Barat dan membina 10,000 kediaman baharu di wilayah Palestin yang diduduki.
Isnin lalu 15 anggota Majlis Keselamatan PBB menyatakan rasa kecewa terhadap keputusan Israel itu.
“Setiap penempatan baharu bermakna satu lagi halangan kepada usaha untuk perdamaian.
“Semua aktiviti penempatan ini melanggar undang-undang antarabangsa dan mesti dihentikan,” kata Gutereres kepada Jawatankuasa Mengenai Pelaksanaan Hak yang Tidak Terpisah Penduduk Palestin (CEIRPP) pada Rabu.
Beberapa jam sebelum itu tentera Israel membunuh 10 rakyat Palestin manakaa 80 lagi cedera dalam satu serbuan di Nablus di Tebing Barat, menurut Kementerian Kesihatan Palestin. Seramai 59 orang dewasa dan kanak-kanak Palestin terbunuh sejak awal tahun ini.
Israel menduduki wilayah Palestin sejak Perang Enam Hari 1967. – AFP, 23 Februari 2023.
Komen