Rayuan Najib tidak didengar dalam perbicaraan SRC International, kata Shafee


Noel Achariam

Najib sedang menjalani hukuman penjara selepas dijatuhi hukuman Ogos tahun lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Februari, 2023.

BERLAKU ketidakadilan dalam penghakiman terakhir Mahkamah Persekutuan dalam kes SRC International susulan alasan rayuannya tidak didengar, kata peguam bela utama Najib Razak Muhammad Shafee Abdullah.

Kata Shafee Mahkamah Persekutuan mempunyai peranan untuk mencegah penyalahgunaan keadilan namun gagal untuk mempertimbangkan alasan rayuan dibangkitkan wakil Najib.

Pada 25 April tahun lalu, peguam Najib mengemukakan 94 alasan dalam petisyen rayuannya berhubung mengapa beliau harus dibebaskan.

“Penghakiman terakhir cetus ketidakadilan pada beliau sebab (Najib) langsung tidak didengar.

“Ini juga satu salah guna proses mahkamah. 99% orang ramai juga akan hargai melihat Najiob dan peguamnya tidak didengar (semasa perbicaraan SRC),” katanya kepada Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini.

Tahun lepas Najib memfailkan permohonan bagi menyemak semula keputusan yang menolak penangguhan prosiding utama dan isu menggugurkan Ketua Hakim Negara daripada rayuan itu.

Beliau juga memfailkan permohonan menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan pada Ogos lalu, berhubung rayuan sabitan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Kata Shafee kemuktamadan dan menepati masa ada perkara yang disebut Mahkamah Persekutuan ketika perbicaraan tahun lalu.

“(Perbicaraan) sepatutnya dijalankan untuk keadilan bukan kemuktamadan. Soalnya Mahkamah Persekutuan adakah kita melihat ini sebagai ketidakadilan…?

“Kami tidak minta merit untuk kes ini disemak tapi proses (perbicaraan) untuk klien saya.

“Ini pelanggaran undang-undang yang jelas.

“Tiada apa-apa dalam 94 alasan rayuan itu. Bagaimana nak bela jika tidak beri peluang.

“Jadi soalannya siapa akan terseksa…perayulah sebab alasan rayuan tidak dipertimbangkan,” kata Shafee yang juga bingung alasan Mahkamah Persekutuan tidak mendengar rayuan mereka.

Hakim Besar Sabah and Sarawak Abdul Rahman Sebli yang mengetuai panel lima hakim itu bertanya kepada Shafee berkait rayuan 94 alasan itu.

“Anda buat dakwaan yang keras mengatakan Mahkamah Persekutuan tidak mempertimbangkan alasan rayuan.

“Anda mengatakan tiada satu pun rayuan dipertimbangakan? Satu pun tidak?,” kata Abdul Rahman.

Menurut Shafee tiada alasan diberikan apabila rayuan itu ditolak.

“Mereka tidak ambil masa pun…tugas untuk membicarakan semula, tidak diambil kira.

“Ada 94 alasan, jadi mungkin Mahkamah Persekutuan boleh berkata sama ada 20 ke 30 alasan boleh dilihat dan berikan pendapat.

“Jika mereka boleh buat begitu, cukuplah. Tiada siapa kata mereka perlu pertimbang setiap alasan diberi.

Shafee menambah ada 44 alasan kukuh dan melayakkan Najib untuk dibebaskan.

Anggota panel yang bersidang sama adalah hakim Mahkamah Persekutuan Vernon Ong Lam Kiat, Rhodzariah Bujang dan Nordin Hassan serta hakim Mahkamah Rayuan Abu Bakar Jais.

Mahkamah kemudioannya menangguhkan perbicaraa ke pagi esok dengan timbalan ketua pendakwa raya V Sithambaram dijangka mengemukakan hujahannya pula.

The review will continue tomorrow with ad hoc prosecutor V. Sithambaram. – 21 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen