RUU Perbekalan 2023 dibentang bagi bacaan kali pertama Dewan Rakyat 


RANG Undang-Undang Perbekalan 2023 (Belanjawan 2023) dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang itu dibentangkan Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan.

Rang undang-undang itu adalah bagi menggunakan sejumlah wang daripada Kumpulan Wang Disatukan untuk perkhidmatan bagi tahun 2023.

Ahmad berkata rang undang-undang berkenaan akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua pada 4 petang, Jumaat ini.

Ia dijadual dibentangkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan.

Berdasarkan Takwim Persidangan Dewan Rakyat, Ahli Parlimen dijadualkan mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 bagi peringkat dasar selama enam hari dan peringkat jawatankuasa selama 10 hari. – Bernama, 21 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen