34 negara mahu atlet Russia, Belarus dilarang sertai Olimpik 2024


vTUAN rumah Sukan Olimpik 2024, Perancis antara 34 negara yang meminta Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melarang atlet Russia dan Belarus menyertai temasya sukan itu.

Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia juga mahu atlet dari negara berkenaan dilarang menyertai Sukan Olimpik Paris 2024, lapor STATS Perform/dpa.

Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan pada Isnin, permintaan itu bedasarkan “Russia berperang tanpa provokasi dan tidak wajar [menentang Ukraine], dibantu kerajaan Belarus.”

Awal bulan ini, Menteri Sukan Russia Oleg Matytsin berkata: “Tindakan negara berkenaan untuk cuba mempengaruhi IOC tidak boleh diterima sama sekali”.

Bulan lepas, IOC mengesahkan hasratnya untuk mengekalkan sekatan terhadap pegawai kerajaan Rusia dan Belarus menyertai Olimpik yang berlangsung di Paris, Perancis pada tahun depan, namun mungkin memberi peluang kepada atlet dari kedua-dua negara itu untuk bersaing di bawah bendera neutral.

Dalam kenyataan berkenaan, 34 negara itu menyambut baik pengesahan sekatan oleh IOC namun cadangan untuk menimbang membenarkan atlet dua negara itu turut bersaing, menimbulkan banyak persoalan dan kebimbangan. – Bernama, 21 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen