AS tangkap pemimpin pengganas Isis di Syria


Selepas Isis kehilangan jajahan terakhirnya kepada pasukan tentera tempatan Kurdish disokong pasukan antarabangsa pada 2019, kumpulan pengganas itu kini bersembunyi di kawasan gurun di timur Syria. – Gambar AFP, 19 Februari, 2023.

TENTERA AS yang bekerjasama dengan tentera Syria Kurdish pada Sabtu menangkap seorang pegawai daerah Kumpulan Negara Islam (Isis), kata tentera AS.

Pegawai kumpulan pengganas Isis itu dikenali sebagai Batar “terlibat dalam perancangan serangan ke atas pasukan tahanan dan pengeluaran bahan letupan,” kata Pusat Kawalan Tentera AS (CENTCOM)

Tiada orang awam atau tentera terbunuh atau cedera dalam operasi dijalankan dengan kerjasama Pasukan Demokratik Syria (SDF) diterajui tentera Kurdish itu, tambahnya.

Serbuan itu dilakukan beberapa hari selepas empat orang tentera AS cedera ketika melakukan satu lagi serbuan untuk membunuh seorang pemimpin kanan Isis di Syria, kata CENTCOM.

Serbuan untuk membunuh pemimpin kanan Isis dikenali sebagai Hamza al-Homsi, yang menurut CENTCOM “menyelia rangkaian kumpulan pengganas di timur Syria.”

Washington mengetuai pakatan antarabangsa untuk memerangi Isis dan melakukan serangan berkala menyasarkan kumpulan pengganas itu.

Selepas ia kehilangan jajahan terakhirnya kepada pasukan tentera tempatan Kurdish disokong pasukan antarabangsa pada 2019, Isis yang masih aktif di Syria kembali bersembunyi di kawasan gurun di timur negara itu. – AFP, 19 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen