Portugal tamatkan skim 'Visa Emas' tangani krisis perumahan


Portugal tamatkan program Visa Emas yang membenarkan warga asing membeli hartanah atau membuat pelaburan untuk mendapatkan permit pemastautin. – Gambar AFP, 18 Februari, 2023.

DEMI menangani krisis perumahan, kerajaan Portugal menamatkan program “Visa Emas” yang membenarkan warga asing membeli hartanah atau membuat pelaburan untuk mendapatkan permit pemastautin.

Kerajaan juga mengambil langkah sewajarnya untuk menangani bantahan orang ramai terhadap kenaikan harga rumah, termasuk tidak mengeluarkan permit baharu pangsapuri untuk disewakan kepada pelancong, kecuali di kawasan luar bandar.

Perdana Menteri Antonio Costa berkata mereka akan meneruskan perjuangan menentang spekulasi dalam sektor hartanah, lapor Agensi Anadolu.

Portugal ialah negara Kesatuan Eropah (EU) kedua yang menamatkan program itu selepas Ireland.

Sejak Oktober 2012, program ini menjana pendapatan sebanyak 6.75 bilion euro (AS$7.22 bilion). – Bernama, 18 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen