BEKAS Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak dilaporkan disoal siasat pihak pendakwa raya berhubung satu kes rasuah.
Kes rasuah itu membabitkan ahli keluarga dan pembantu Myung-bak sepanjang pentadbirannya pada 2008 hingga 2013.
Ia mula dilaporkan sejak beberapa minggu lalu, ketika pihak pendakwaraya menyiasat beberapa kes rasuah membabitkan jutaan dollar.
Siasatan terhadap Myung-bak itu bermakna semua bekas presiden Korea Selatan yang masih hidup pernah didakwa, disabitkan kesalahan atau terbabit dalam beberapa siasatan jenayah.
Dua bekas pembantu Myung-bak sudah ditahan pihak berkuasa susulan siasatan berkenaan, manakala rumah dan pejabat adik-beradik lelakinya turut diserbu pihak berkuasa. – AFP, 14 Mac, 2018.
Komen