Presiden Turkiye doakan remaja terselamat dari runtuhan cepat sembuh


Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan mendoakan kesembuhan Aleyna Olmez, seorang remaja yang masih hidup selepas tertimbus di bawah runtuhan selama 248 jam akibat gempa bumi. – Gambar EPA, 18 Februari, 2023.

PRESIDEN Turkiye Recep Tayyip Erdogan mendoakan kesembuhan Aleyna Olmez, seorang remaja yang masih hidup selepas tertimbus di bawah runtuhan selama 248 jam akibat gempa bumi melanda selatan negara itu pada 6 Februari lalu.

Pasukan penyelamat menemui Olmez, 17, di bawah runtuhan di daerah Dulkadiroglu di wilayah Kahramanmaras.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital di Ankara.

Erdogan mendoakan agar “gadis ajaib” itu cepat sembuh menerusi panggilan telefon pada Jumaat, sambil berkata beliau akan melawat remaja itu sebaik tiba di Ankara, lapor Agensi Anadolu memetik Direktorat Komunikasi negara itu.

Sekurang-kurangnya 43,885 maut di seluruh Turkiye dan negara jiran Syria akibat bencana itu. – Bernama, 18 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen