6 mati insiden tembakan rambang di Mississippi


ENAM terbunuh dalam insiden tembakan rambang di kawasan pedalaman di selatan Mississippi, Amerika Syarikat (AS) semalam, lapor media tempatan.

Polis berkata lelaki terbabit yang kini dalam tahanan menembak seorang individu di dalam sebuah kedai di bandar kecil Arkabutla, dan kemudian pergi ke sebuah rumah berhampiran dan membunuh seorang wanita, menurut media di Memphis, Tennessee.

Suspek kemudian memandu keretanya ke sebuah rumah lain, dipercayai rumahnya, di mana dia membunuh dua lagi, menurut pihak berkuasa tempatan.

Dia kemudian dikejar polis ketika di rumah kedua dan ditahan.

Dua lagi ditemui mati di lokasi itu, lapor WREG.

Sekolah rendah berhampiran Coldwater diletakkan amaran berjaga-jaga ada penembak dan dikenakan perintah berkurung ketika polis mengejar suspek.

Stesen televisyen Action News 5 mengenal pasti suspek sebagai Richard Dale Crum, 52. Tiada motif diketahui setakat ini. – AFP, 18 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen