Scotland teruskan perjuangan untuk referendum merdeka


Pada Rabu Nicola Sturgeon mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan selepas lapan tahun mengetuai kerajaan dan sudah memulakan proses untuk memilih pemimpin baharu.  – Gambar AFP, 17 Februari, 2023.

PARTI Kebangsaan Scotland (SNP) berkemungkinan akan menggunakan peletakan jawatan Menteri Pertama Nicola Sturgeon sebagai peluang untuk negara itu mendapatkan kemerdekaan melalui referendum baharu di bawah kepimpinan baharu, lapor Sputnik.

Pada Rabu Sturgeon mengumumkan hasratnya untuk meletak jawatan selepas lapan tahun mengetuai kerajaan dan sudah memulakan proses untuk memilih pemimpin baharu.

Bagaimanapun beliau kekal memegang jawatan itu sehingga pengganti dipilih.

“SNP berkempen bagi menjadikan Scotland sebuah negara merdeka dengan semua calon pengganti komited untuk menjalankan referendum baharu seawal mungkin,” kata ahli Konservatif Dewan Pertuanan Parlimen UK, Lord Richard Balfe semalam.

Dalam tinjauan oleh firma pengundian Survation pada Januari menunjukkan kira-kira 54 peratus rakyat Scotland akan mengundi menentang kemerdekaan Scotland jika ia diadakan pada masa itu berbanding tinjauan pada Disember dengan majoriti menyokong idea itu.

Pada November lepas Mahkamah Agung United Kingdom (UK) memutuskan langkah Scortland untuk menjalankan referendum kemerdekaan itu tidak sah tanpa persetujuan kerajaan UK.

Pada akhir Jun Sturgeon mencadangkan pegundian baharu diadakan pada 19 Oktober 2023.

Sebelum ini bekas perdana menteri UK Boris Johnson dan Liz Truss tidak membenarkan pungutan suara kedua dijalankan memandangan rakyat Scotland sudah pun memutuskan untuk kekal dalam UK dalam undian 55 berbanding 45 peratus pada 2014.

Ramai yang mengundi menentang kemerdekaan kerana pemisahan Scotland dari UK pada masa itu bermakna negara berkenaan tidak lagi menjadi ahli Kesatuan Eropah. – Bernama, 17 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen