Suspek insiden tembakan di ladang California mengaku tidak bersalah


Zhao Chunli, 66, didakwa membunuh rakan sekerja ladang di dua tapak di Half Moon Bay bulan lalu yang disifatkan pendakwa raya sebagai pertikaian tempat kerja. – Gambar AFP, 17 Februari 2023.

LELAKI yang dituduh membunuh tujuh orang dan mencederakan seorang lagi dengan melepaskan tembakan ke atas ladang cendawan di utara California mengaku tidak bersalah semalam, kata laporan.

Zhao Chunli, 66, didakwa membunuh rakan sekerja ladang di dua tapak di Half Moon Bay bulan lalu yang disifatkan pendakwa raya sebagai pertikaian tempat kerja.

Pembunuhan 23 Januari itu berlaku kurang 48 jam selepas seorang lagi lelaki warga emas Asia menembak mati 11 orang di sebuah studio tarian di selatan California ketika mereka menyambut Tahun Baru Imlek.

Zhao seorang warganegara China yang berada di Amerika Serikat selama lebih dari satu dekad memberikan kenyataan melalui seorang penterjemah di mahkamah di Redwood City untuk menyangkal tujuh tuduhan pembunuhan, satu percubaan pembunuhan dan satu tuduhan keadaan khusus dari pembunuhan berganda.

Sebagian besar daripads mereka yang maut juga merupakan orang Tionghoa. Dua warga Mexico.

Zhao dan istrinya termasuk di antara pekerja yang tinggal di lokasi serangan pertama.

Seorang hakim memerintahkan dia untuk hadir di mahkamah lagi pada 3 Mei, lapor San Jose Mercury.

Beberapa hari selepas dia ditangkap Zhao memberitahu wartawan yang melawatnya di penjara bahawa dia melakukan pembunuhan itu dan percaya dia mengalami penyakit mental.

Zhao memberitahu Janelle Wang dari NBC Bay Area bahawa dia dibuli selama bertahun-tahun dan terlalu banyak bekerja, tetapi aduannya tidak pernah dipeduli.

Hanya beberapa hari sebelum insiden tembakan di utara California, seorang lelaki bersenjata berusia 72 tahun membunuh 11 orang di sebuah dewan tarian berhampiran Los Angeles.

Pistolnya ditepis sebelum dapat meneruskan serangannya di studio lain.

Huu Can Tran, yang menurut polis berasal dari Vietnam, tetapi sebelum ini tinggal di Hong Kong menembak dirinya sendiri keesokan harinya. – AFP, 17 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen