Tengku Zafrul dilantik ahli MKT Umno


Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengangkat sumpah sebagai ahli MKT Umno sebelum mesyuarat malam ini. – Gambar Twitter, 16 Februari 2023.

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu sebelum mesyuarat MKT malam ini.

Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan menerusi ciapan Twitternya berkata Tengku Zafrul dilantik oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Mesyuarat MKT Umno pada 16 Februari dimulakan dengan Senator Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT yang dilantik oleh presiden Umno,” katanya. – Bernama, 16 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen