Remaja perempuan Turkiye selamat selepas terperangkap 10 hari bawah runtuhan 


Remaja itu, Aleyna Olmaz, terperangkap dalam runtuhan selama hampir 248 jam sebelum diselamatkan pada Khamis di daerah Dulkadiroglu wilayah Kahramanmaras, Turkiye. – Gambar AFP, 16 Februari 2023.

SEORANG remaja perempuan berusia 17 tahun berjaya dikeluarkan selepas terperangkap dalam runtuhan selama hampir 248 jam dalam malapetaka gempa bumi yang melanda Turkiye yang setakat ini sudah meragut 36,187 nyawa, lapor Sputnik.

Aleyna Olmaz diselamatkan pada Khamis di daerah Dulkadiroglu wilayah Kahramanmaras dan dibawa ke hospital.

Gambar yang dirakamkan di lokasi kejadian menunjukkan remaja itu dalam keadaan sedar.

Harapan semakin tipis untuk menemukan lebih ramai mangsa yang terselamat dalam gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada 6 Februari itu.

Berpuluh-puluh negara telah menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan yang terjejas untuk membantu mempercepat usaha menyelamat. – Bernama, 16 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen