POLIS New Zealand mengesahkan mangsa kelima terbunuh akibat taufan Gabrielle pada Khamis.
Menurut pihak berkuasa negara itu, angka kematian mungkin meningkat.
Hujan lebih lebat diramalkan di kawasan timur negara itu yang terjejas teruk.
Bencana itu menyebabkan jalan raya terputus hubungan, rumah runtuh, bekalan elektrik terputus dan lebih 10,000 orang kehilangan tempat tinggal.
Polis dalam satu kenyataan pada Khamis berkata mangsa terbaharu itu dipercayai mati selepas terperangkap dalam air banjir di wilayah Gisborne.
Ia menjadikan jumlah kematian di kawasan Hawke’s Bay di pantai timur kepada empat orang.
Terdahulu, seorang anggota bomba dilaporkan maut apabila sebuah rumah runtuh di barat Auckland di utara.
New Zealand berada di bawah keadaan darurat selepas Taufan Gabrielle melanda pantai utaranya pada Ahad dan beberapa orang turut dilaporkan masih hilang. – AFP, 16 Februari, 2023.
Komen