Perjanjian nuklear Iran berakhir dengan pemecatan Tillerson


Rex Tillerson tiba di Jabatan Dalam Negeri di Washington untuk membuat kenyataan selepas dipecat daripada jawatannya sebagai setiausaha negara. – Gambar AFP, 14 Mac, 2018.

PEMECATAN setiausaha negara Amerika Syarikat (AS) Rex Tillerson mengakhiri perjanjian nuklear Iran dan terus memburukkan hubungan negara itu dengan sekutu utamanya di Eropah.

Ketika menjelaskan keputusannya memecat Tillerson, Presiden Donald Trump berkata mereka tidak bersetuju dengan banyak perkara tetapi salah satu perbalahan antara mereka ialah sama ada untuk kekal dalam perjanjian Iran atau tidak.

“Apabila melihat kepada perjanjian Iran, saya rasakan ia teruk. Beliau berasakan semuanya ok.

“Saya mahu melanggar perjanjian atau melakukan sesuatu, tetapi beliau berfikir sebaliknya. Kami tidak berfikiran sama,” kata Trump.

Semalam, genap dua bulan, Trump mengumumkan nasib perjanjian Iran.

Jika pemecatan Tillerson menjadi petunjuk kepada keputusan Trump mengenai isu itu, ia menunjukkan perjanjian itu bermasalah.

Jika Trump memutuskan untuk meninggalkan Pelan Tindakan Menyeluruh Bersama (JCPOA), perjanjian itu dan sebarang harapan generasi Eropah dan diplomat AS, akan berakhir. – AFP, 14 Mac, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen