Jet pejuang AS pintas pesawat Rusia dekat Alaska


DUA pesawat pejuang F-16 Amerika memintas empat pesawat Rusia berhampiran Alaska, kata Komando Pertahanan Aeroangkasa Amerika Utara AS-Kanada (Norad) pada Selasa.

Pintasan “rutin” pesawat Rusia—termasuk pengebom Tu-95 dan pesawat pejuang Su-35 - berlaku pada Isnin, kata Norad dalam satu kenyataan.

“Pesawat Rusia kekal di ruang udara antarabangsa dan tidak memasuki ruang udara berdaulat Amerika atau Kanada,” katanya, sambil menambah bahawa aktiviti Rusia seperti itu “berlaku secara kerap dan tidak dilihat sebagai ancaman, dan aktiviti itu tidak dilihat sebagai provokatif.”

Pesawat pejuang AS yang ditempatkan di Amerika Utara turut menyaksikan aksi serangan yang jarang berlaku bulan ini, menembak jatuh apa yang dikatakan belon perisikan China dan tiga objek tidak dikenali. – AFP, 15 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen