Indonesia sedia pelan hala tuju anggota penuh Timor Leste dalam Asean


Pelan hala tuju untuk keanggotaan penuh Timor Leste dalam Asean sedang disediakan yang diketuai Indonesia selaku pengerusi. – Gambar EPA, 14 Februari, 2023.

INDONESIA selaku pengerusi Asean tahun ini sedang menyediakan pelan hala tuju untuk menyokong keanggotaan penuh Timor Leste dalam persatuan serantau itu.

Presiden Indonesia Joko Widodo membuat pengumuman itu menerusi kenyataan bersama Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak di Istana Presiden Bogor di wilayah Jawa Barat pada 13 Februari, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Presiden itu berkata secara prinsipnya Timor Leste diterima sebagai anggota Asean.

Pelan hala tuju untuk keanggotaan penuh sedang disediakan yang diketuai Indonesia selaku pengerusi Asean, katanya.

Beliau menyatakan kegembiraan atas penerimaan Timor Leste sebagai anggota Asean, selaras dengan keputusan Sidang Kemuncak Asean 2022 di Kemboja.

VNA juga melaporkan Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata beliau yakin keanggotaan Timor Leste dalam Asean mampu menyumbang kepada peningkatan kestabilan dan kemakmuran rantau ini. – Bernama, 14 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen