PRESIDEN Syria Bashar al-Assad setuju untuk membuka dua lagi pintu sempadan bagi membolehkan lebih banyak bantuan dapat dihantar kepada mangsa gempa bumi yang menyebabkan lebih 35,000 orang terkorban di negara itu dan Turkiye setakat ini, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres berkata Bashar setuju membuka pintu sempadan Al-Salam dan Al Raeedari Turkiye ke barat laut Syria selama tiga bulan.
Persetujuan tersebut dicapai selepas pertemuan dengan Bashar diadakan di ibu kota Damsyik semalam, katanya dalam kenyataan.
Pembukaan dua pintu sempadan itu akan membolehkan penghantaran bantuan kemanusiaan sampai tepat pada masanya, tambah Guterres.
Persetujuan tersebut dicapai selepas pertemuan dengan Bashar diadakan di ibu kota Damsyik semalam, katanya dalam kenyataan.
Bab al-Hawa satu-satunya titik bantuan antarabangsa untuk sampai kepada orang ramai di kawasan yang dikuasai pemberontak di Syria selepas perang saudara hampir 12 tahun menyebabkan laluan lain ditutup di bawah tekanan China dan Rusia. – AFP, 14 Februari 2023.
Komen