3 maut, 9 cedera letupan bom stesen kereta api Myanmar


Myanmar bergolak sejak junta merampas kuasa dua tahun lalu. – Gambar AFP, 14 Februari 2023.

TIGA orang maut manakala sembilan lagi cedera dalam letupan bom di sebuah stesen kereta api di selatan Myanmar semalam.

Kejadian berlaku di bandar Nyaunglaybin dalam wilayah Bago, kira-kira 150 kilometer utara Yangon kira-kira pukul 12.20 tengah hari waktu tempatan, menurut kenyataan pasukan maklumat junta Myanmar.

Media tempatan juga melaporkan kejadian yang meragut tiga nyawa itu.

Junta mendakwa serangan dilakukan kumpulan penentang rampasan kuasa iaitu Pasukan Pertahanan Rakyat (PDF). Bagaimanapun tiada bukti diberikan untuk menyokong dakwaan tersebut.

Tiada sebarang kenyataan dikeluarkan oleh PDF setakat ini berhubung kejadian itu.

Pihak junta dan PDF saling menuding jari atas beberapa letupan maut yang berlaku sepanjang tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Myanmar bergolak sejak junta merampas kuasa dua tahun lalu. – AFP, 14 Februari 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen