Barangan bantuan China tiba di Istanbul


Sekurang-kurangnya 29,605 terbunuh akibat dua gempa bumi kuat itu di Turkiye setakat ini, menurut pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan semalam. – Gambar AFP, 13 Februari, 2023.

KESEMUA barangan bantuan kelompok pertama yang disumbangkan kerajaan China untuk mangsa gempa bumi Turkiye selamat tiba di Lapangan Terbang Istanbul pada Ahad.

Dihantar melalui tiga penerbangan, barangan bantuan berkenaan merangkumi khemah dan selimut dan lain-lain.

Pada Sabtu seramai 46 anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) China yang sedang bertugas di Turkiye dikerah ke Antakya untuk menyelamatkan mangsa dan membuat penilaian risiko terhadap 24 bangunan.

Setakat ini mereka berjaya menyelamatkan empat penduduk yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan menemukan lapan mayat. 

Pada masa sama pasukan SAR China bertungkus lumus mengesan jika ada individu yang masih hidup di bawah runtuhan dan menjalankan penilaian risiko membabitkan 49 bangunan yang ranap ekoran gegaran dahsyat. – Bernama, 13 Februari, 2023.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen