Pasukan penyelamat kejar masa selamatkan nyawa di Turkiye


Sekurang-kurangnya 29,605 terbunuh akibat dua gempa bumi kuat itu di Turkiye setakat ini, menurut pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan semalam. – Gambar AFP, 13 Februari, 2023.

LEBIH ramai mangsa berjaya dikeluarkan dari runtuhan bangunan ketika pasukan penyelamat dari seluruh dunia bekerja keras mengejar masa untuk menyelamatkan lebih ramai nyawa di selatan Türkiye pada Ahad lepas.

Sekurang-kurangnya 29,605 terbunuh akibat dua gempa bumi kuat itu setakat ini, menurut pihak Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD) semalam.

Gempa bumi bermagnitud 7.7 dan 7.6 yang berpusat di wilayah Kahramanmaras telah menjejaskan lebih 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Hatay, Gaziantep, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.

Beberapa negara di rantau ini termasuk Syria dan Lubnan turut merasakan gegaran kuat itu. – Bernama, 13 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen