PESAWAT perang Amerika Syarikat (AS) menembak jatuh satu objek yang terbang semalam, kali ini di atas ruang udara tasik Huron di sempadan AS-Kanada.
Ini adalah operasi keempat sejak satu belon risikan disyaki milik China ditembak jatuh seminggu lalu.
Rakyat AS melihat ke langit ketika objek misteri itu terbang menyebabkan ketegangan semakin teruk dengan China – walaupun hanya objek pertama setakat ini dikaitkan dengan Beijing.
Presiden Joe Biden mengarahkan jet pejuang F-16 menembak jatuh objek terbaru itu, kata pegawai kanan pentadbiran.
Perkakasan baharu itu – digambarkan sebagai satu struktur berbentuk oktagon dengan ada tali bergantungan – tidak dianggap sebagai ancaman kententeraman, tetapi ia mungkin berbahaya kepada penerbangan awam kerana ia terbang 20,000 kaki di atas Michigan. – AFP, 13 Februari, 2023.
Komen