Israel bakal ceroboh 9 lagi kawasan di Tebing Barat


Israel terus menerus melakukan pencerobohan di Tebing Barat dengan kabinetnya umum sembilan lagi penempatan akan dibuka walaupun ia haram di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar EPA, 13 Februari, 2023.

KABINET keselamatan Israel semalam mengumumkan ia akan membuka sembilan lagi penempatan di kawasan dicerobohinya di Tebing Barat, susulan beberapa siri serangan di Jerusalem timur.

“Sebagai respons kepada serangan ganas di Jerusalem, kabinet memutuskan untuk membenarkan sembilan penempatan di Judea dan Samaria,” kata Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Penempatan diduduki komuniti di situ sudah wujud beberapa tahun; ada yang berdekad,” katanya.

Penempatan “liar” ini dikatakan dibina tanpa kebenaran kerajaan Israel.

“Jaatankuasa Perancang Pentadbiran Sivil akan bermesyuarat tidak lama lagi untuk meluluskan pembinaan unit rumah baharu di kawasan sedia ada di Judea dan Samaria,” kata kenyataan itu.

Netanyahu berkata kerajaannya ingin mengukuhkan lagi penempatan yang dibina di mana semuanya adalah pencerobohan dan haram mengikut undang-undang antarabangsa.

Lebih 475,000 bangsa Israel tinggal di penempatan di Tebing Barat di mana ia didiami 2.8 juta rakyat Palestin. – AFP, 13 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen