Ribuan rumah bergelap di New Zealand akibat ribut


Bandar terbesar New Zealand yang menempatkan 1.6 juta populasi masih dalam proses pulih selepas banjir kilat bulan lalu. – Gambar AFP, 13 Februari, 2023.

RIBUAN rumah di New Zealand terputus bekalan elektrik sementara penerbangan terkandas hari ini susulan ribut tropika melanda utara negara itu.

Menteri Pengurusan Bencana Kieran McAnulty hari ni bakal menjadi hari kritikal berikutan gabungan angin kuat dan hujan lebat.

Walaupun ribut mulai melemah berbanding status taufan sebelum ini, tetapi ia tetap menyebabkan pokok tumbang, kerosakan jalan raya dan bekalan elektrik terputus.

Darurat diisytihar di lima wilayah termasuk Auckland.

Kira-kira 58,000 penduduk North Island terputus bekalan elektrik.

Pihak berkuasa berkata tempoh beberapa hari diperlukan untuk mengembalikan operasi jaringan elektrik.

Bandar terbesar New Zealand yang menempatkan 1.6 juta populasi masih dalam proses pulih selepas banjir kilat bulan lalu yang menyebabkan empat kematian dan ribuan yang lain terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.

Angin selaju 140km sejak melanda wilayah utara, sementara jambatan Auckland Harbour turut bergegar.

Keadaan cuaca ekstrem turut menjejaskan jaringan pengangkutan New Zealand dengan jadual penerbangan, keretapi dan bas terjejas teruk.

Air New Zealand berkata setakat ini 509 penerbangan dibatalkan tetapi perkhidmatan dijangka kembali normal esok. – AFP, 13 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen