Ahli perniagaan derma AS$30 juta bantu mangsa gempa bumi Turkiye


Penduduk yang ketakutan sedia untuk bermalam di jalanan selepas gempa bumi dengan magnitud 7.8 melanda tenggara Turkiye pada Isnin. – Gambar AFP, 12 Februari, 2023.

SEORANG ahli perniagaan Pakistan di Amerika Syarikat yang tidak dikenali menderma AS$30 juta (RM130 juta) bagi membantu mangsa gempa bumi Turkiye.

Sumbangannya yang luar biasa itu terus diperkatakan secara meluas.

“Seorang ahli perniagaan Pakistan tiba di kedutaan Turkiye di Amerika Syarikat dan menderma AS$30 juta.

“Kami tidak tahu siapakah beliau. Identitinya belum didedahkan,” kata seorang penyampai berita di saluran televisyen Turkiye TRT.

Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif berkata, beliau “sangat terharu” dengan kemurahan hati lelaki itu.

“Ini adalah satu tindakan dermawan yang mulia,” menurut ciapannya di Twitter pada Sabtu.

Sementara itu, Majlis Pertubuhan Islam AS (USCMO), sebuah kumpulan institusi Islam memaklumkan pada Sabtu mereka menawarkan bantuan bernilai kira-kira AS$100 juta (RM433 juta) kepada mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria. – Bernama, 12 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen