Suami isteri selamat selepas terperangkap 129 jam dalam runtuhan


Penyelamat mencari mangsa yang terselamat di bangunan runtuh di Kahramanmaras, tenggara Turki, pusat gegaran 7.8 magnitud pertama 5 hari lalu. – Gambar AFP, 11 Februari 2023.

PASANGAN suami isteri warga Turkiye dari wilayah selatan Adiyaman diselamatkan selepas terperangkap di bawah runtuhan lebih 129 jam, lapor agensi akhbar Jerman (DPA), memetik badan penyiar negara itu TRT.

TRT menunjukkan rakaman pasangan suami isteri itu dibawa masuk ke dalam ambulans.

Lelaki itu dilihat melambai-lambai ke arah kamera.

Bagaimanapun, tiga anak perempuan mereka dipercayai meninggal dunia dalam bencana gempa bumi kuat yang melanda Turkiye pada Isnin. – Bernama, 11 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen