5 tentera terbunuh kes tembakan di selatan Filipina


Seorang tentera Filipina mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah rakannya yang sedang tidur di Cagayan City pada Sabtu. – Gambar fail EPA, 11 Februari, 2023.

EMPAT anggota tentera terbunuh dan seorang lagi parah selepas rakan mereka mengamuk dan melepaskan tembakan ke arah anggota yang sedang tidur di sebuah kem tentera di utara Mindanao di selatan Filipina pada Sabtu, lapor agensi berita Xinhua memetik tentera Filipina.

Penembak berkenaan kemudian ditembak mati.

Kejadian berlaku kira-kira jam 1.10 tengah hari waktu tempatan di kem Evangelista di Cagayan de Oro City.

Empat mangsa itu maut di tempat kejadian, kata pegawai bertugas komando Alden Brinas dipetik sebagai berkata dalam satu laporan.

Selepas tembakan awal, lelaki bersenjata itu cuba memasuki bilik lain namun dua anggota lain bergelut dengan penyerang lalu merampas senjata apinya dan menembaknya mati, kata Brinas.

Anggota yang cedera parah kini menjalani rawatan di hospital tempatan.

Brinas tidak menyatakan punca lelaki itu mengamuk dan siasatan masih dijalankan. – Bernama, 11 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen