Kes Covid-19 subvarian Omicron XBB.1.5 di AS meningkat 75%


Subvarian Omicron XBB.1.5 kini menyumbang kira-kira tiga perempat daripada semua kes Covid-19 yang dilaporkan di AS minggu ini. – Gambar EPA, 11 Februari, 2023.

SUBVARIAN Omicron XBB.1.5 kini menyumbang kira-kira tiga perempat daripada semua kes Covid-19 yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, menurut anggaran yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

XBB.1.5 dianggarkan menyumbang 74.7% daripada kes Covid-19 AS meningkat daripada 65.9% minggu sebelumnya manakala BQ.1.1 kekal sebagai varian kedua paling lazim sebanyak 15.3%, lapor Xinhua.

CDC mula mengesan XBB.1.5 secara berasingan daripada strain induknya XBB sejak 12 November lalu, ketika itu ia hanya menyumbang 0.1% daripada kes keseluruhan.

Selepas itu, XBB.1.5 merebak dengan cepat di AS. – Bernama, 11 Februari, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen