PBB gesa gencatan senjata di Syria untuk mudah hantar bantuan


Bangunan yang musnah akibat gempa bumi kuat pada Isnin lalu, di bandar Jindayris yang dikuasai pemberontak di Syria. – Gambar AFP, 11 Februari 2023.

PERTUBUHAN Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa gencatan senjata serta-merta di Syria yang dilanda gempa bumi kuat bagi memudahkan bantuan dihantar kepada semua mangsa.

“Kami menggesa penghantaran segera bantuan kepada semua yang memerlukannya.

“Ketua Hak Asasi Manusia PBB Volker Turk menggesa gencatan senjata serta-merta di Syria, dan hak asasi manusia serta kewajipan undang-undang kemanusiaan dihormati sepenuhnya agar bantuan sampai kepada semua orang,“menurut kenyataan pejabat PBB di Twitter semalam.

Gesaan itu dibuat ketika operasi mencari dan menyelamat mangsa di bawah runtuhan ekoran gempa bumi kuat berukuran 7.8 magnitud yang menggegarkan Turkiye dan Syria pada Isnin masih diteruskan, ketika angka kematian kini mencecah 24,000 orang.

Setakat ini sekurang-kurangnya 3,553 orang dilaporkan terkorban di Syria akibat gempa bumi. 

Bab al-Hawa, satu-satunya laluan yang digunakan PBB untuk menghantar bantuan dari Turkiye ke Syria yang dilanda konflik, kini terjejas teruk akibat gempa bumi dahsyat itu. – AFP, 11 Februari 2023.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen