Yahoo tamatkan khidmat 20% kakitangan 


YAHOO pada Khamis mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan perkhidmatan lebih 20% kakitangannya menjelang akhir tahun, termasuk 1,000 pekerjanya minggu ini, lapor UPI.

Syarikat sedang berusaha untuk menyelaraskan operasi menerusi unit pengiklanannya. 

Syarikat itu secara keseluruhannya menjana kira-kira AS$8 bilion hasil tahunan, tetapi kini berusaha mengutamakan bidang lain, Ketua Pegawai Eksekutif Jim Lanzone memberitahu Axios.

Ia bukanlah satu keputusan mudah, tetapi kami percaya perubahan ini akan memudahkan dan mengukuhkan perniagaan pengiklanan kami untuk jangka panjang, serta membolehkan Yahoo menyampaikan kualiti lebih baik kepada pelanggan dan rakan kongsi kami, kata jurucakap Yahoo, menurut CNBC.

Yahoo akan menutup perniagaan pengiklanannya sebaliknya memberi tumpuan kepada perkongsian baharunya dengan Taboola, kata Lanzone.

Pada November, Yahoo mempunyai hampir 25% kepentingan dalam Taboola menerusi perjanjian komersial selama 30 tahun.

Pada 2021, firma ekuiti swasta Apollo memperoleh Yahoo dan AOL dengan harga AS$5 bilion. – Bernama, 10 Februari, 2023.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen